Makna Al-Fatihah

Assalamualaikum , lama betul tak post kat blog ni =) . Hari ni aku nak share ngan korang semua tentang makna setiap ayat Surah Al-Fatihah . Yang kita dok baca 5 kali sehari tu . Mari sama-sama kita menghafal maksudnya .
Note : Dalam 114 surah dalam Al-Quran, wajib kena tahu baca surah Al-Fatihah, kalau tak tahu baca, berdosa. Surah2 lain fardhu kifayah. Sunat kita pandai baca surah2 yang lain.
   
1. بِسمِ الله الرَّحمَنِ الرَّحِيم
Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.



2. الحَمدُ لله رَبِّ العَلَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam.

3. الرَّحمَن الرَحِيمِ
 Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

4. مَلِكِ يَومِ الدِّينِ
 Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan(hari Akhirat).

5. إيَّكَ نَعبُد و إِيَّاكَ نَستَعِينَ
 Hanya kepada Engkaulah(Ya Allah) kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

6. اِهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
 Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7. صِرَطَ الذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِم وَ لَا الضَّالِينَ
 Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai(orang-orang yang mengetahui kebenaran & meninggalkannya)i, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat (orang yang meninggalkan kebenaran kerana ketidaktahuan & kejahilan).

No comments:

Post a Comment