Nenek 107 Tahun Masih Anak Dara


CORNWALL - Seorang anak dara berusia 107 tahun, Clara Meadmore mengakui dia tidak pernah melakukan hubungan seks.

Perawan warga emas itu meraikan hari jadinya yang ke-107 pada Ahad lepas.

Ditanya bagaimana dia mengekalkan daranya sejak sekian lama, wanita itu menyatakan, dia terlalu sibuk dan percaya seks cuma mengganggu kehidupannya.

Menurut Clara yang berasal dari sini, England, semasa usianya remaja pada tahun 1920-an dan 1930-an, seks adalah untuk wanita yang telah berkahwin.

Dia tidak berhasrat untuk berumah tangga dan pernah menolak beberapa lamaran sebelum ini.

"Orang pernah bertanya sama ada saya homoseks dan jawapannya adalah tidak," kata Clara.

*cuba fikir ? 107 masih takda dara sebab dia tau , dara hanya untuk suami . but mcm mane dengan Malaysia sampai 200,000 lebih kes buang bayi ? Sapo nak Menjawab ?